MAWASYI SERVICES
KAMI MENGURUSKAN BADAL HAJI. BADAL UMRAH. AKIKAH. KORBAN. DAM. NAZAR.ZAMZAM DI TANAH SUCI
Apakah itu Badal Haji?
Badal Haji atau Upah Haji adalah satu bermaksud ibadah haji yang dilakukan bagi menggantikan orang yang telah meninggal atau sakit/uzur namun belum berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji semasa hidup/sihatnya.
Mengerjakan ibadah haji kepada yang berkemampuan dari segi harta adalah wajib kepada semua umat Islam. Namun, jika ditakdirkan Allah mereka meninggal sedangkan kewajipan haji belum lagi selesai, maka wajib kepada waris mengambil tanggungjawab untuk melunaskan kewajipan haji itu tadi melalui Badal Haji.
Badal bermaksud ganti. Ia memberi makna pekerjaan ibadah haji itu tadi, akan digantikan oleh mereka yang lain dengan upah tertentu yang telah dipersetujui bersama bagi melunaskan tanggungjawab waris kepada si mati/ uzur yang belum menunaikan ibadah haji.
Siapa Yang Layak Di'badal'kan Haji?
Jika seseorang itu belum mengerjakan ibadah haji ketika hidup sedangkan dia mampu, maka wajib bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya daripada harta pusakanya.
Jika dia belum mampu dari segi harta, maka hukumnya adalah sunat bagi waris mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusaka atau harta warisnya sendiri.
Syarat Badal Haji?
Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang ingin mengupah pelaksana badal haji :-
Pertama : Pengupah haji
Antara sebab yang membolehkan Badal Haji dilaksanakan oleh wakil tertentu berdasarkan syarak :
Meninggal dunia
Keuzuran (faktor usia, kecacatan fizikal, lumpuh dan sakit yang tiada harapan sembuh)
Kedua : Pelaksana Badal Haji
Pelaksana badal haji mestilah pernah menunaikan ibadah haji untuk diri sendiri dan tidak boleh menunaikan badal haji lebih daripada satu nama dalam satu masa.
Kami di Mawasyi Services amat menitik-beratkan tentang kejelasan dan hukum-hakam agar para waris faham tentang kewajipan dan tanggungjawab masing-masing dalam menunaikan amanah arwah.
Slot Badal Haji 2024 baru sahaja dibuka buat anda yang ingin berdaftar.
Anda boleh terus menempah slot Badal Haji bagi tahun 2024 ini dengan hanya menekan link di bawah :
Siapa Pelaksana Badal Haji di bawah Mawasyi?
Mawasyi Services memilih pelaksana badal haji yang betul-betul dikenali dan diketahui latar belakang mereka untuk menjadi wakil kami di Makkah. Mereka juga adalah pemastautin yang telah menetap di Makkah lebih dari tiga tahun. Mereka juga mempunyai permit bekerja di Manasik (Arafah, Mina dan Muzdalifah) yang membolehkan mereka masuk untuk wukuf pada musim haji.
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Arab Saudi yang telah ditemuduga oleh pihak dan wakil Mawasyi Services dalam memastikan ketelusan dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab haji ini.
Mereka turut dikehendaki menandatangani surat Akujanji yang telah disediakan oleh pihak kami sebagai janji yang disaksikan oleh Allah SWT sebagai sebaik-baik saksi supaya segala badal haji dilaksanakan dengan sempurna. Insya Allah.
Anda boleh terus menempah slot Badal Haji bagi tahun 2024 ini dengan hanya menekan link di bawah :
MAWASYI SERVICES (MA0254532-D)
C-2-22, STREETMALL BANGI GATEWAY, JALAN GERBANG WAWASAN 1, SEKSYEN 15, BANDAR BARU BANGI, 43650 SELANGOR.
TEL : +60 19 993 9723 / +60 19 293 5801